Sunday, April 4, 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-MUDAH-NISKALA

 

BBM3410 ASAS GRAFIK – MUDAH (INTERNET)



                         

Elemen: Mudah

Tema: Kemewahan

Rujukan: https://www.google.com/search?q=billboard+chanel&sxsrf=ALeKk00fv5eh0SUfza9UM-d24tL7ASDDAQ:1617113431457&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwiWt5L9mNjvAhV44zgGHYxBAkEQ_AUoAXoECAEQAw&biw=1280&bih=610#imgrc=bq-rojdlaxqYcM

Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan unsur yang terdapat dalam grafik diatas tidak terlalu padat. Hanya tiga objek sahaja yang digunakan dalam grafik tersebut namun dapat menyampaikan mesej kepada pengguna dengan baik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

                            

Elemen: Mudah

Tema: Minuman

Rujukan: https://economy.okezone.com/amp/2018/10/18/320/1965630/dinyatakan-pailit-unilever-sariwangi-tetap-bisa-dinikmati

Huraian: Berdasarkan gambar di atas, seseorang akan mudah memahami hanya dengan melihat kepada imej itu sahaja. Seseorang itu juga akan mengetahui mesej yang ingin disampaikan dalam imej tersebut tanpa ada kekeliruan. Tambahan pula, gambar tersebut memaparkan dua imej cawan teh dan juga imej sekotak teh maka seseorang yang melihat gambar tersebut akan faham bahawa imej itu ialah mengenai minuman berunsurkan teh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

                            

Elemen: Mudah

Tema: Peringatan

Rujukan: https://pin.it/c0CU5RM

Huraian: Elemen asas grafik mudah telah diaplikasikan dalam grafik diatas melalui penggunaan warna, teks, dan objek. Grafik tersebut hanya menggunakan warna monokrom iaitu hitam dan putih. Audien dapat memahami maksud grafik ini dengan mudah kerana ilusi objek yang menembusi papan billboard dengan gandingan teks “wear a seat belt”. Grafik ini sejenis grafik peringatan supaya memakai tali pinggang keledar bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

                         

Elemen: Mudah

Tema: Minuman Bertenaga

Rujukan: https://www.gambar.pro/2010/05/100-gambar-iklan-pepsi-paling-hist.html

Huraian: Iklan yang dipamerkan ini mempunyai elemen mudah yang diterapkan. Hal ini dikatakan demikian kerana berdasarkan iklan tersebut kita dapat memahami mesej yang hendak disampaikan. Iklan tersebut hendak memperkenalkan sejenis air berkarbonat iaitu pepsi. Dengan sekali pandang pada iklan tersebut kita dapat mengetahui intipati iklan tersebut. Oleh itu, jelaslah iklan tersebut mempunyai elemen asas grafik mudah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 

 

 

 

                         

Elemen : Mudah

Tema : Minuman dan Makanan

Rujukan : https://ms.drink-line.com/article-2012-07-24-odwalla-launches-first-ever-us-organic-product-line

Huraian: Elemen yang ditonjolkan di dalam gambar di atas ialah elemen mudah. Foto di atas menunjukkan gambar 3 botol minum dan 2 kotak makanan. Seseorang yang melihat foto tersebut mereka akan mengetahui itu adalah gambar makanan dan minuman yang diiklankan. Dengan adanya gambar produk tersebut ianya tidak akan menimbulkan kekeliruaan kepada seseorang yang melihatnya,

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

                              

Elemen: Mudah

Tema: Aplikasi Internet

Rujukan: https://techharvest.asia/2017/12/28/cara-untuk-menyekat-iklan-di-youtube/

Huraian: Gambar di atas dikategorikan sebagai mudah kerana mesej yang disampaikan tidak berlaku kekeliruan. Hal ini kerana gambar tersebut memaparkan simbol yang melambangkan simbol Youtube. Gambar tersebut juga mudah difahami kerana youtube merupakan aplikasi kebiasaannya terdapat dalam gajet seperti telefon bimbit, ipad, komputer riba dan lain-lain.

 

 

 

 

 


 Elemen: Mudah

Tema: Perniagaan kosmetik

Rujukan: https://images.app.goo.gl/cwjbgQi6a93ZfRQAA

Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen mudah kerana seseorang akan mudah mengetahui dan memahami gambaran imej tersebut sebaik sahaja melihatnya. Ditambah pula dengan perkataan " Produk mesra wudhu" menambahkan lagi keyakinan seseorang bahawa iklan ini merupakan jualan produk kecantikan daripada Nurraysa Beuty.

 

 

 


 

 Elemen: Mudah

Tema: Sukan

Rujukan: https://www.google.com/amp/s/zefrdesign.wordpress.com/2011/04/06/puma-billboardproduct-page/amp/

Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen mudah kerana seseorang akan mudah mengetahui dan memahami gambaran imej tersebut sebaik sahaja melihatnya. Ditambah pula dengan perkataan “run wild” dan logo PUMA di bawahnya yang menambahkan lagi keyakinan seseorang bahawa iklan ini mewakili kasut sukan berjenama terkenal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 Elemen: Mudah

Tema: Makanan

Rujukan: https://www.google.com/url?sa=i&url=http%3A%2F%2Fwww.marvons.com%2Fartikel-detail%2FNg%2Fbillboard-makanan-yang-dijamin-bikin-ngiler&psig=AOvVaw3SvWjM5fRfeytRh2WyJmqn&ust=1617429560085000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCOCHgprx3u8CFQAAAAAdAAAAABAE

Huraian: Foto tersebut dianggap mudah kerana menggunakan grafik yang baik. Sesiapa yang melihat iklan ini mudah menerima mesej yang ingin disampaikan. Iklan ini menunjukkan makanan burger yang dijual di McDonald’s. Seseorang dapat menerima mesej yang ingin disampaikan hanya dengan sekali pandang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 Elemen: Mudah

Tema: Pemandangan

Rujukan: https://www.posterlounge.co.uk/p/574972.html

Huraian: Elemen asas grafik iaitu mudah dapat dilihat melalui foto diatas. Foto bangunan-bangunan tersebut terutama Menara Berkembar Petronas menunjukkan bangunan tersebut merupakan bangunan yang terdapat di Kuala Lumpur. Oleh itu, orang yang melihat gambar tersebut akan mudah faham bahawa gambar itu merupakan bangunan yang berada di Kuala Lumpur. Gambar ini dapat difahami tanpa berlakunya kekeliruan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BBM3410 ASAS GRAFIK – MUDAH (SENDIRI)

    


                    

Elemen: Mudah

Tema: Persahabatan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik mudah. Hal ini dapat dijelaskan dengan melihat gambar tersebut kita dapat memahami mesej yang hendak disampaikan. Gambar tersebut memperlihatkan ikatan persahabatan yang terjalin yang sangat kuat dan utuh. Hal ini dapat diperkukuhkan lagi dengan teks yang tertulis pada gambar tersebut iaitu “Persahabatan bukanlah sesuatu yang dapat dijual beli”. Oleh itu, berdasarkan gambar tersebut kita dapat memahami dengan mudah intipati yang hendak disampaikan.

 

 

 

 

 


 

 

 Elemen: Mudah

Tema: Persahabatan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas menunjukkan elemen mudah. Gambar ini mudah difahami mesej yang ingin disampaikan kerana kelihatan gambar tersebut menunjukkan tangan-tangan remaja yang akrab seperti kawan dan diperkukuhkan lagi dengan teks yang menyampaikan mesej persahabatan.

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

                                       

Elemen: Mudah

Tema: Buku

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas memperlihatkan elemen mudah melalui gambar sebuah buku berwarna biru. Seseorang yang melihat gambar itu akan mudah memahami bahawa gambar itu adalah sebuah buku. Malah, mesej pada gambar itu difahami dengan jelas kerana adanya tulisan yang menunjukkan gambar itu adalah sebuah buku.

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

                          

Elemen: Mudah

Tema: Riadah

Rujukan: Sendiri

Huraian: Elemen mudah dalam grafik diatas dapat dilihat melalui objek basikal dan manusia. Pandangan audien yang melihat grafik ini akan memikirkan aktiviti riada berbasikal di suatu kawasan lapang. Penggunaan latar belakang yang menunjukkan suatu kawasan taman atau kawasan lapang untuk aktiviti berbasikal. Tambahan pula, penggunaan objek, teks dan warna yang tidak berlebihan telah menjadikan grafik ini mudah untuk difahami.

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

                             

Elemen: Mudah

Tema: Keluarga

Rujukan: Sendiri

Huraian: Elemen yang ingin ditonjolkan  di dalam gambar di atas ialah elemen mudah. Gambar di atas merupakan sekeping foto 3 orang kanak-kanak sedang duduk di atas pelamin. Seseorang yang akan melihat gambar tersebut akan mudah faham bahawa foto tersebut merupakan gambar 3 orang kanak-kanak sedang duduk. Seseorang yang melihat foto ini tidak akan berasa keliru kerana ianya mudah untuk difahami.

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

                                   

Elemen: Mudah

Tema: Peralatan alat tulis

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas dikategorikan sebagai mudah kerana mesej yang disampaikan sangat mudah difahami. Gambar di atas merujuk kepada sebuah buku. Hal ini mudah kerana apabila seseorang melihat gambar ini, beliau hanya akan terlihat sebuah buku tulis tanpa ada rasa keliru.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

                                  

Elemen: Mudah

Tema: Buku

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas memperlihatkan elemen mudah melalui gambar buku panduan yang dipaparkan beserta perkataan yang bersesuaian. Seseorang akan dengan mudah memahami mesej yang ingin disampaikan sebaik sahaja melihat gambar ini iaitu panduan pengucapan awam. Mesej yang digunakan sangat jelas dan ringkas tentang tajuk buku yang dipaparkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


                                   

Elemen: Mudah

Tema: Kasih Sayang

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas memperlihatkan elemen mudah melalui gambar kanak-kanak yang dipaparkan beserta perkataan yang bersesuaian. Seseorang akan dengan mudah memahami mesej yang ingin disampaikan sebaik sahaja melihat gambar ini. Mesej yang digunakan sangat jelas dan ringkas.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


                                     

Elemen: Mudah

Tema: Kanak-kanak

Rujukan: Sendiri

Huraian: Foto diatas menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki. Foto diatas mudah difahami tentang maklumat yang ingin disampaikan. Foto diatas menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain dengan kereta mainannya. Sesiapa sahaja dapat memahami mesej yang ingin ditekankan dengan mudah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 


 

                               

Elemen: Mudah

Tema: Haiwan

Rujukan: sendiri

Huraian: Foto diatas menunjukkan elemen asas grafik mudah. Foto ini menunjukkan watak yang sedang memberi makan kepada seekor gajah. Bagi mereka yang melihat gambar ini akan faham bahawa foto itu gajah sedang diberi makan oleh seseorang. Foto ini dapat disampaikan sesuatu mesej yang mudah difahami tanpa sebarang kekeliruan.


Ketua elemen mudah: Nurul Fatehah binti Mansor 203944

Penolong elemen mudah: Nur  Shah Hazuani binti Dazak 203967


Thursday, April 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

                    Pendekatan Analisis Wacana ( Normaliza Abd Rahim , 2018)

PRA-ANDAIAN     EMOSI           NILAI DAN BUDAYA                            BAHASA       INFERENS

1. Intuisi                 1. Positif        1. Diri.                                                      1. Bahasa     -Rumusan

2. Konteks             2. Negatif      2. Masyarakat                                        pertama/     keseluruhan

- Penerimaan/     3. Emosi         3. Adat                                                      kedua/       - Rumusan

 penafian                 bercampur  -Jujur ,ikhlas ,baik hati,                        ketiga           topik

- Keperluan          -Perangai        kasih sayang, kerajinan,                    2. Formal/     perbincangan 

- Perujukan          -Personaliti    kesyukuran,kesederhanaan              tidak formal -Penutup

-Anafora               -Mood            - Berdikari ,hemah tinggi,                     3. Kesalahan  kata

-Pengulangan      -Motivasi         keberanian, kebersihan fizikal         bahasa

-Kekaburan                                    dan mental,kesantunan                     4. Linguistik

-Penegasan                                   Hormat -menghormati, kerjasama,

                                                         semangat bermasyarakat

                                                       - Keadilan, kebebasan, rasional

 

 

PRA-ANDAIAN

 

Pra-andaian ialah suatu perkara yang diamalkan dahulu sebelum permulaan garis hujah atau tindakan . Pra- andaian dibahagikan kepada dua aspek analisis iaitu intuisi dan konteks . Intuisi atau gerak hati adalah istilah untuk kemampuan memahami sesuatu tanpa melalui pemikiran rasional dan intelektual . Pemahaman itu timbul di luar kesedaran seseorang. Konteks pula dianalisis dari aspek penerimaan/penafian ,keperluan,perujukan, anafora, pengulangan ,kekaburan dan penegasan.

 

EMOSI

 

Emosi ialah suatu perasaan atau gejolak jiwa yang muncul di dalam diri seseorang akibat rangsangan , baik dari dalam diri sendiri mahupun dari luar kepada dua aspek iaitu emosi positif, negatif dan emosi bercampur . Emosi pula dilihat melalui perangai, personaliti mood dan motivasi diri dan dari luar.

 

NILAI DAN BUDAYA

 

Nilai dan budaya dianalisis dari aspek diri , masyrakat dan adat. Hal ini berkait rapat dengan nilai yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara. Nilai seperti jujur ,ikhlas,baik hati,kasih sayang,kerajinan ,kesyukuran kesederhanaan ,berdikari,berhemah tinggi, keberanian,kebersihan fizikal dan mental ,kesantunan,hormat-menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat ,keadilan ,kebebasan dan rasional

 

BAHASA

 

Bahasa yang dianalisis memfokuskan kepada bahasa pertama /kedua/ketiga dan lain-lain . Selain itu, bahasa dikategorikan dalam dua bahagian iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal . Kesalahan bahasa juga dianalisis supaya nampak lebih kritis . Aspek linguistik juga dianalisis supaya nampak lebih kritis . Aspek linguistik juga dianalisis supaya huraian lebih jelas dan padat.

 

INFERENS

 

Inferens terdiri daripada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan , rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Setiap satu aspek analisis ini perlu dibincang kan supaya ujaran,interaksi, teks dan tulisan ini lebih lengkap dan jelas.




RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim 2018 . Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi . Penerbit UMT, Kuala Nerus 13




BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK


 

ELEMEN ASAS GRAFIK

 

1. MUDAH

 

Mudah didefinisikan sebagai penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami sama ada dalam bentuk foto mahupun video. Malah mudah juga dilihat sebagai sesuatu mesej yang terdapat gambaran tersebut difahami tanpa sebarang kekeliruan. Misalnya:

Sekeping foto sebuah basikal berwarna merah yang terletak di halaman rumah. Seseorang yang melihat foto tersebut akan faham bahahawa foto itu ialah sebuah basikal yang berwarna merah

 

2. Warna

 

Warna didefinisikan sebagai kombinasi warna ataupun satu warna dala sesuatu gambaran dalam bentuk foto mahupun video .Grafik yang wajar seharusnya mengandungi tidak lebih daripada tiga warna. Walau bagaimanapun, grafik yang mengandungi lebih daripada tiga warna boleh didapati dalam kebanyakan foto atau video.

Misalnya:

Sekeping foto sebuah kereta yang berwarna biru dan disertai dengan pokok di belakang yang berwarna hijau. Terdapat juga warna awan yang kebiruan.Foto ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada kereta, pokok dan awan

 

3. Teks

 

Teks merujuk kepada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik. Selain itu, kandungan dalam teks juga diambil kira bagi tujuan pemahaman terhadap grafik. Ketiga-tiga faktor dalam elemen grafik perlu diteliti dengan baik supaya mesej dapat disampaikan dengan baik.

Misalnya:

Iklan telefon bimbit disertai dengan " Nipis dan Ringan " memberi persepsi tentang telefon tersebut .Oleh itu, seharusnya teks tersebut ditulis dengan besar dengan menggunakna jenis font yang menarik supaya pengguna berminat untuk membelinya.

 

4. Kesesuaian

 

Kesesuaian dalam grafik didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa ,latad watak ataupun bahan dakam grafik bersesuaian antara satu sama lain

Misalnya:

Foto tiga orang kanak-kanak sedang bermain di halaman rumah yang terletak di sebuah kampung. Kanak-kanak berkaki ayam serta wajah kanak-kanak yang sedang ketawa. Langit yang hampir gelap yang menunjukkan suasana waktu petang . Terdapat tulisan di bawah foto tersebut " Suasana di kampung saya"

 

5. Keseimbangan

 

Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang yang dimaksudkan ialah ruang di kiri dan kanan serta atas dan bawah. Sama ada ruang kosong ataupun grafik yang sama berat di ruang tersebut. Namun, seimbang juga diterima apabila grafik dilihat dapat disampaikan dengan baik.

Misalnya:

Ruang sebelah kiri gambar terdapat lima batang pokok besar seimbang dengan sebuah rumah kampung di sebelah kanan gambar kampung. Di sebelah atas gambar pula terdapat awan yang luas berwarna biru manakala di sebelah bawah pulak terdapat padang rumput berwarna hijau yang luas. Maka, awan seimbang dengan rumput berwarna hijau yang luas.

 

 

 

 


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019)

Multimedia dalam Bahasa Penerbit UPM,

Serdang, Selangor.


SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021  1.   BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASA...