Thursday, April 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK


 

ELEMEN ASAS GRAFIK

 

1. MUDAH

 

Mudah didefinisikan sebagai penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami sama ada dalam bentuk foto mahupun video. Malah mudah juga dilihat sebagai sesuatu mesej yang terdapat gambaran tersebut difahami tanpa sebarang kekeliruan. Misalnya:

Sekeping foto sebuah basikal berwarna merah yang terletak di halaman rumah. Seseorang yang melihat foto tersebut akan faham bahahawa foto itu ialah sebuah basikal yang berwarna merah

 

2. Warna

 

Warna didefinisikan sebagai kombinasi warna ataupun satu warna dala sesuatu gambaran dalam bentuk foto mahupun video .Grafik yang wajar seharusnya mengandungi tidak lebih daripada tiga warna. Walau bagaimanapun, grafik yang mengandungi lebih daripada tiga warna boleh didapati dalam kebanyakan foto atau video.

Misalnya:

Sekeping foto sebuah kereta yang berwarna biru dan disertai dengan pokok di belakang yang berwarna hijau. Terdapat juga warna awan yang kebiruan.Foto ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada kereta, pokok dan awan

 

3. Teks

 

Teks merujuk kepada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik. Selain itu, kandungan dalam teks juga diambil kira bagi tujuan pemahaman terhadap grafik. Ketiga-tiga faktor dalam elemen grafik perlu diteliti dengan baik supaya mesej dapat disampaikan dengan baik.

Misalnya:

Iklan telefon bimbit disertai dengan " Nipis dan Ringan " memberi persepsi tentang telefon tersebut .Oleh itu, seharusnya teks tersebut ditulis dengan besar dengan menggunakna jenis font yang menarik supaya pengguna berminat untuk membelinya.

 

4. Kesesuaian

 

Kesesuaian dalam grafik didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa ,latad watak ataupun bahan dakam grafik bersesuaian antara satu sama lain

Misalnya:

Foto tiga orang kanak-kanak sedang bermain di halaman rumah yang terletak di sebuah kampung. Kanak-kanak berkaki ayam serta wajah kanak-kanak yang sedang ketawa. Langit yang hampir gelap yang menunjukkan suasana waktu petang . Terdapat tulisan di bawah foto tersebut " Suasana di kampung saya"

 

5. Keseimbangan

 

Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang yang dimaksudkan ialah ruang di kiri dan kanan serta atas dan bawah. Sama ada ruang kosong ataupun grafik yang sama berat di ruang tersebut. Namun, seimbang juga diterima apabila grafik dilihat dapat disampaikan dengan baik.

Misalnya:

Ruang sebelah kiri gambar terdapat lima batang pokok besar seimbang dengan sebuah rumah kampung di sebelah kanan gambar kampung. Di sebelah atas gambar pula terdapat awan yang luas berwarna biru manakala di sebelah bawah pulak terdapat padang rumput berwarna hijau yang luas. Maka, awan seimbang dengan rumput berwarna hijau yang luas.

 

 

 

 


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019)

Multimedia dalam Bahasa Penerbit UPM,

Serdang, Selangor.


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021  1.   BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASA...