Thursday, April 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

                    Pendekatan Analisis Wacana ( Normaliza Abd Rahim , 2018)

PRA-ANDAIAN     EMOSI           NILAI DAN BUDAYA                            BAHASA       INFERENS

1. Intuisi                 1. Positif        1. Diri.                                                      1. Bahasa     -Rumusan

2. Konteks             2. Negatif      2. Masyarakat                                        pertama/     keseluruhan

- Penerimaan/     3. Emosi         3. Adat                                                      kedua/       - Rumusan

 penafian                 bercampur  -Jujur ,ikhlas ,baik hati,                        ketiga           topik

- Keperluan          -Perangai        kasih sayang, kerajinan,                    2. Formal/     perbincangan 

- Perujukan          -Personaliti    kesyukuran,kesederhanaan              tidak formal -Penutup

-Anafora               -Mood            - Berdikari ,hemah tinggi,                     3. Kesalahan  kata

-Pengulangan      -Motivasi         keberanian, kebersihan fizikal         bahasa

-Kekaburan                                    dan mental,kesantunan                     4. Linguistik

-Penegasan                                   Hormat -menghormati, kerjasama,

                                                         semangat bermasyarakat

                                                       - Keadilan, kebebasan, rasional

 

 

PRA-ANDAIAN

 

Pra-andaian ialah suatu perkara yang diamalkan dahulu sebelum permulaan garis hujah atau tindakan . Pra- andaian dibahagikan kepada dua aspek analisis iaitu intuisi dan konteks . Intuisi atau gerak hati adalah istilah untuk kemampuan memahami sesuatu tanpa melalui pemikiran rasional dan intelektual . Pemahaman itu timbul di luar kesedaran seseorang. Konteks pula dianalisis dari aspek penerimaan/penafian ,keperluan,perujukan, anafora, pengulangan ,kekaburan dan penegasan.

 

EMOSI

 

Emosi ialah suatu perasaan atau gejolak jiwa yang muncul di dalam diri seseorang akibat rangsangan , baik dari dalam diri sendiri mahupun dari luar kepada dua aspek iaitu emosi positif, negatif dan emosi bercampur . Emosi pula dilihat melalui perangai, personaliti mood dan motivasi diri dan dari luar.

 

NILAI DAN BUDAYA

 

Nilai dan budaya dianalisis dari aspek diri , masyrakat dan adat. Hal ini berkait rapat dengan nilai yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara. Nilai seperti jujur ,ikhlas,baik hati,kasih sayang,kerajinan ,kesyukuran kesederhanaan ,berdikari,berhemah tinggi, keberanian,kebersihan fizikal dan mental ,kesantunan,hormat-menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat ,keadilan ,kebebasan dan rasional

 

BAHASA

 

Bahasa yang dianalisis memfokuskan kepada bahasa pertama /kedua/ketiga dan lain-lain . Selain itu, bahasa dikategorikan dalam dua bahagian iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal . Kesalahan bahasa juga dianalisis supaya nampak lebih kritis . Aspek linguistik juga dianalisis supaya nampak lebih kritis . Aspek linguistik juga dianalisis supaya huraian lebih jelas dan padat.

 

INFERENS

 

Inferens terdiri daripada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan , rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Setiap satu aspek analisis ini perlu dibincang kan supaya ujaran,interaksi, teks dan tulisan ini lebih lengkap dan jelas.




RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim 2018 . Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi . Penerbit UMT, Kuala Nerus 13




No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021  1.   BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASA...