BBM3410 ASAS GRAFIK – MUDAH (INTERNET)
Elemen: Mudah
Tema: Kemewahan
Huraian: Gambar di atas
mempunyai elemen mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan unsur yang
terdapat dalam grafik diatas tidak terlalu padat. Hanya tiga objek sahaja yang
digunakan dalam grafik tersebut namun dapat menyampaikan mesej kepada pengguna
dengan baik.
Elemen: Mudah
Tema: Minuman
Huraian: Berdasarkan gambar
di atas, seseorang akan mudah memahami hanya dengan melihat kepada imej itu
sahaja. Seseorang itu juga akan mengetahui mesej yang ingin disampaikan dalam
imej tersebut tanpa ada kekeliruan. Tambahan pula, gambar tersebut memaparkan
dua imej cawan teh dan juga imej sekotak teh maka seseorang yang melihat gambar
tersebut akan faham bahawa imej itu ialah mengenai minuman berunsurkan teh.
Elemen: Mudah
Tema: Peringatan
Rujukan: https://pin.it/c0CU5RM
Huraian: Elemen asas grafik
mudah telah diaplikasikan dalam grafik diatas melalui penggunaan warna, teks,
dan objek. Grafik tersebut hanya menggunakan warna monokrom iaitu hitam dan
putih. Audien dapat memahami maksud grafik ini dengan mudah kerana ilusi objek
yang menembusi papan billboard dengan gandingan teks “wear a seat belt”. Grafik
ini sejenis grafik peringatan supaya memakai tali pinggang keledar bagi
mengelakkan sebarang kemalangan.
Elemen: Mudah
Tema: Minuman Bertenaga
Rujukan: https://www.gambar.pro/2010/05/100-gambar-iklan-pepsi-paling-hist.html
Huraian: Iklan yang
dipamerkan ini mempunyai elemen mudah yang diterapkan. Hal ini dikatakan
demikian kerana berdasarkan iklan tersebut kita dapat memahami mesej yang
hendak disampaikan. Iklan tersebut hendak memperkenalkan sejenis air
berkarbonat iaitu pepsi. Dengan sekali pandang pada iklan tersebut kita dapat
mengetahui intipati iklan tersebut. Oleh itu, jelaslah iklan tersebut mempunyai
elemen asas grafik mudah.
Elemen : Mudah
Tema : Minuman dan Makanan
Rujukan : https://ms.drink-line.com/article-2012-07-24-odwalla-launches-first-ever-us-organic-product-line
Huraian: Elemen yang
ditonjolkan di dalam gambar di atas ialah elemen mudah. Foto di atas
menunjukkan gambar 3 botol minum dan 2 kotak makanan. Seseorang yang melihat
foto tersebut mereka akan mengetahui itu adalah gambar makanan dan minuman yang
diiklankan. Dengan adanya gambar produk tersebut ianya tidak akan menimbulkan
kekeliruaan kepada seseorang yang melihatnya,
Elemen: Mudah
Tema: Aplikasi Internet
Rujukan: https://techharvest.asia/2017/12/28/cara-untuk-menyekat-iklan-di-youtube/
Huraian: Gambar di atas
dikategorikan sebagai mudah kerana mesej yang disampaikan tidak berlaku
kekeliruan. Hal ini kerana gambar tersebut memaparkan simbol yang melambangkan
simbol Youtube. Gambar tersebut juga mudah difahami kerana youtube merupakan
aplikasi kebiasaannya terdapat dalam gajet seperti telefon bimbit, ipad,
komputer riba dan lain-lain.
Tema: Perniagaan kosmetik
Rujukan: https://images.app.goo.gl/cwjbgQi6a93ZfRQAA
Huraian: Gambar di atas
mempunyai elemen mudah kerana seseorang akan mudah mengetahui dan memahami
gambaran imej tersebut sebaik sahaja melihatnya. Ditambah pula dengan perkataan
" Produk mesra wudhu" menambahkan lagi keyakinan seseorang bahawa
iklan ini merupakan jualan produk kecantikan daripada Nurraysa Beuty.
Tema: Sukan
Rujukan: https://www.google.com/amp/s/zefrdesign.wordpress.com/2011/04/06/puma-billboardproduct-page/amp/
Huraian: Gambar di atas
mempunyai elemen mudah kerana seseorang akan mudah mengetahui dan memahami
gambaran imej tersebut sebaik sahaja melihatnya. Ditambah pula dengan perkataan
“run wild” dan logo PUMA di bawahnya yang menambahkan lagi keyakinan seseorang
bahawa iklan ini mewakili kasut sukan berjenama terkenal.
Tema: Makanan
Huraian: Foto tersebut
dianggap mudah kerana menggunakan grafik yang baik. Sesiapa yang melihat iklan
ini mudah menerima mesej yang ingin disampaikan. Iklan ini menunjukkan makanan
burger yang dijual di McDonald’s. Seseorang dapat menerima mesej yang ingin
disampaikan hanya dengan sekali pandang.
Tema: Pemandangan
Rujukan: https://www.posterlounge.co.uk/p/574972.html
Huraian: Elemen asas grafik
iaitu mudah dapat dilihat melalui foto diatas. Foto bangunan-bangunan tersebut
terutama Menara Berkembar Petronas menunjukkan bangunan tersebut merupakan
bangunan yang terdapat di Kuala Lumpur. Oleh itu, orang yang melihat gambar
tersebut akan mudah faham bahawa gambar itu merupakan bangunan yang berada di
Kuala Lumpur. Gambar ini dapat difahami tanpa berlakunya kekeliruan.
BBM3410 ASAS GRAFIK – MUDAH
(SENDIRI)
Elemen: Mudah
Tema: Persahabatan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas
mempunyai elemen asas grafik mudah. Hal ini dapat dijelaskan dengan melihat
gambar tersebut kita dapat memahami mesej yang hendak disampaikan. Gambar
tersebut memperlihatkan ikatan persahabatan yang terjalin yang sangat kuat dan
utuh. Hal ini dapat diperkukuhkan lagi dengan teks yang tertulis pada gambar
tersebut iaitu “Persahabatan bukanlah sesuatu yang dapat dijual beli”. Oleh
itu, berdasarkan gambar tersebut kita dapat memahami dengan mudah intipati yang
hendak disampaikan.
Tema: Persahabatan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas menunjukkan
elemen mudah. Gambar ini mudah difahami mesej yang ingin disampaikan kerana
kelihatan gambar tersebut menunjukkan tangan-tangan remaja yang akrab seperti
kawan dan diperkukuhkan lagi dengan teks yang menyampaikan mesej persahabatan.
Elemen: Mudah
Tema: Buku
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas
memperlihatkan elemen mudah melalui gambar sebuah buku berwarna biru. Seseorang
yang melihat gambar itu akan mudah memahami bahawa gambar itu adalah sebuah
buku. Malah, mesej pada gambar itu difahami dengan jelas kerana adanya tulisan
yang menunjukkan gambar itu adalah sebuah buku.
Elemen: Mudah
Tema: Riadah
Rujukan: Sendiri
Huraian: Elemen mudah dalam
grafik diatas dapat dilihat melalui objek basikal dan manusia. Pandangan audien
yang melihat grafik ini akan memikirkan aktiviti riada berbasikal di suatu
kawasan lapang. Penggunaan latar belakang yang menunjukkan suatu kawasan taman
atau kawasan lapang untuk aktiviti berbasikal. Tambahan pula, penggunaan objek,
teks dan warna yang tidak berlebihan telah menjadikan grafik ini mudah untuk
difahami.
Elemen: Mudah
Tema: Keluarga
Rujukan: Sendiri
Huraian: Elemen yang ingin ditonjolkan di dalam gambar di atas ialah elemen mudah.
Gambar di atas merupakan sekeping foto 3 orang kanak-kanak sedang duduk di atas
pelamin. Seseorang yang akan melihat gambar tersebut akan mudah faham bahawa foto
tersebut merupakan gambar 3 orang kanak-kanak sedang duduk. Seseorang yang
melihat foto ini tidak akan berasa keliru kerana ianya mudah untuk difahami.
Elemen: Mudah
Tema: Peralatan alat tulis
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas dikategorikan
sebagai mudah kerana mesej yang disampaikan sangat mudah difahami. Gambar di
atas merujuk kepada sebuah buku. Hal ini mudah kerana apabila seseorang melihat
gambar ini, beliau hanya akan terlihat sebuah buku tulis tanpa ada rasa keliru.
Elemen: Mudah
Tema: Buku
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas
memperlihatkan elemen mudah melalui gambar buku panduan yang dipaparkan beserta
perkataan yang bersesuaian. Seseorang akan dengan mudah memahami mesej yang
ingin disampaikan sebaik sahaja melihat gambar ini iaitu panduan pengucapan
awam. Mesej yang digunakan sangat jelas dan ringkas tentang tajuk buku yang
dipaparkan.
Elemen: Mudah
Tema: Kasih Sayang
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas
memperlihatkan elemen mudah melalui gambar kanak-kanak yang dipaparkan beserta
perkataan yang bersesuaian. Seseorang akan dengan mudah memahami mesej yang
ingin disampaikan sebaik sahaja melihat gambar ini. Mesej yang digunakan sangat
jelas dan ringkas.
Elemen: Mudah
Tema: Kanak-kanak
Rujukan: Sendiri
Huraian: Foto diatas
menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki. Foto diatas mudah difahami tentang
maklumat yang ingin disampaikan. Foto diatas menunjukkan seorang kanak-kanak
lelaki sedang bermain dengan kereta mainannya. Sesiapa sahaja dapat memahami
mesej yang ingin ditekankan dengan mudah.
Elemen: Mudah
Tema: Haiwan
Rujukan: sendiri
Huraian: Foto diatas
menunjukkan elemen asas grafik mudah. Foto ini menunjukkan watak yang sedang
memberi makan kepada seekor gajah. Bagi mereka yang melihat gambar ini akan
faham bahawa foto itu gajah sedang diberi makan oleh seseorang. Foto ini dapat
disampaikan sesuatu mesej yang mudah difahami tanpa sebarang kekeliruan.
Ketua elemen mudah: Nurul Fatehah binti Mansor 203944
Penolong elemen mudah: Nur Shah Hazuani binti Dazak 203967
No comments:
Post a Comment