Sunday, April 4, 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-TEKS-NISKALA

 ELEMEN TEKS INTERNET

 


 

Elemen: Teks

Tema: Filem

Rujukan: https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fthoughtleadership.oaaa.org%2Fwhy-google-netflix-and-microsoft-believe-in-billboards%2F&psig=AOvVaw1fkiVgr60liT5j1j11xpaa&ust=1617429983566000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCIjRtdny3u8CFQAAAAAdAAAAABAD

Huraian: Foto diatas disertai dengan teks “Netflix is a Joke”. Font yang digunakan besar untuk mudah dilihat dari jauh. Warna pada teks juga sangat jelas dan timbul pada latar belakang yang berwarna putih. Jenis font juga merupakan font yang biasa dan ringkas.

 


 


 

Elemen: Teks

Tema: Kesihatan

Rujukan:https://fotolumayan.wordpress.com/tag/papan-iklan/

Huraian: Iklan makanan kesihatan yang mempunyai teks “Ibu mana yang tak sayang anak” dan “Appeton” merujuk kepada jenama produk tersebut dan peringatan supaya ibu bapa menjaga kesihatan anak. Font yang digunakan ditulis dengan besar dan menarik. Menyebabkan pengguna yang melihatnya akan berminat untuk membelinya.

 

 



 

Elemen: Teks

Tema: Promosi

Rujukan:https://www.nookmag.com/tuesday-is-now-the-best-day-of-the-week-with-kfc-chicken-tuesday/

Huraian: Teks yang digunakan dalam gambar ini sangat jelas dan mudah difahami. Tulisan yang jelas ini dapat difahami bahawa adanya promosi pada hari selasa sahaja. Saiz font yang digunakan tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil menyebabkan senang untuk dibaca. Warna font yang sesuai juga telah mempengaruhi gambar tersebuat dan ia menjadi tarikan untuk orang membeli.


 

 


 

 

Elemen: Teks

Tema: Makanan Western

 Rujukan: https://burkhartmarketing.com/outdoor-advertising-go-for-the-big-impact/

Huraian:

Gambar tersebut memainkan peranan sebagai elemen teks. Hal ini kerana objek Pizza tersebut hilang dalam bentuk segi empat atau dalam bahasa inggeris iaitu square. Billboard diatas menekankan teks dengan mewarnakan warna putih sebagai highlight kepada objek pizza tersebut. Font yang digunakan sangat mudah difahami dan bersesuaian kerana apabila seseorang melihat iklan tersebut, pelanggan akan memahami maksud gambar tersebut yang menerangkan lokasi kedai tersebut.


 


 

Elemen: Teks

Tema: Jenis kenderaan

Rujukan: https://sinergimedia.co.id/jasa-billboard-bekasi/

Huraian:

Jenis dan saiz font yang digunakan dalam gambar ini jelas dan mudah difahami. Kandungan dalam teks ini dilihat dapat memberi pemahaman terhadap gambar. Imej kereta yang disertai dengan teks “The Porshe 911 Carrera” memberikan pemahaman bahawa mesej dan kandungan teks itu mengenai kereta. Tambahan pula, teks “More than fast. Ahead of its time” menggunakan jenis dan saiz font yang menarik perhatian pengguna untuk membelinya.

 


 

 


                       

Elemen: Teks

Tema: Amaran

Rujukan:https://www.bharian.com.my/galeri/2015/09/80346/ujian-pencapaian-sekolah-rendah-upsr-2015

Huraian: Elemen asas grafik teks ialah elemen yang sangat penting dalam sesebuah grafik. Hal ini adalah bagi menyampaikan mesej tersebut dengan baik. Dalam gambar tersebut mempunyai teks yang terletak bahagian tengah gambar. Saiz dan jenis tulisan yang digunakan dalam gambar tersebut juga adalah mudah dilihat dan dibaca. Warna tulisan yang digunakan juga memainkan peranan yang sangat penting bagi menjadikan gambar tersebut lebih menarik.

 

 



 

Elemen: Teks

Tema: Semangat

Rujukan: https://pin.it/2aLT3xm

Huraian: Teks yang digunakan dalam grafik diatas adalah jelas dan besar bagi memudahkan audien memahami teks tersebut. Teks yang ringkas tetapi mendominasi grafik disamping objek orang berbasikal disamping teks memberi makna tentang semangat dalam sukan berbasikal. Penggunaan warna dan fonts amat sesuai kerana hanya menggunakan tiga warna sahaja dan fonts yang ringkas dan besar. Hal ini akan memberikan kesenangan dan kemudahan kepada mata audien untuk melihat mesej yang hendak disampaikan.

 


 


 

Elemen: Teks

Tema: Virus Korona

Rujukan:https://www.vecteezy.com/vector-art/834950-stop-coronavirus-covid-19-poster

Huraian: Berdasarkan poster di atas, kita dapat lihat bahawa teks yang digunakan bersesuaian dengan gambar yang dipaparkan. Saiz font yang besar digunakan pada perkataan stop bagi menekankan mesej yang ingin disampaikan kepada orang ramai melalui poster ini serta membantu orang untuk terus memahami mesej yang ingin disampaikan.

 



 

 

Elemen: Teks

Tema: Keselamatan

Rujukan: https://www.bjaya.com.my/jkr-signboard/1/103/608

Huraian: Gambar diatas menunjukkan elemen teks. Elemen teks yang disatukan dengan gambar yang sesuai mampu memeberi makluman kepada pengguna. Elemen teks sesuai digunakan sebagai papan tanda dalam pebinaan jalan kerana penggunaan font yang jelas dan sesuai mampu memberi amaran yang berkesan kepada pengguna.

 

 



 

 

Elemen: Teks

Tema: Percutian

Rujukan: https://images.app.goo.gl/9LKygunHQDVw2Nh29

Huraian: Berdasarkan iklan atas, kita dapat lihat bahawa teks yang digunakan bersesuaian dengan gambar yang dipaparkan. Saiz font yang besar digunakan pada perkataan "Percutian dan Umrah Bersama KOPETRO TRAVEL" bagi menekankan mesej yang ingin disampaikan kepada orang ramai melalui poster ini serta membantu orang untuk terus memahami mesej yang ingin disampaikan tentang pakej percutian dan umarah bersama KOPETRO TRAVEL.

 


 

ELEMEN TEKS SENDIRI

 

 


 

Elemen: Teks

Tema: Aktiviti Lasak

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas memperlihatkan penggunaan jenis font yang sesuai dan jelas. Saiz font yang digunakan juga tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar supaya mesej yang ingin disampaikan dapat dilihat dengan mudah. Warna yang diaplikasi pada font juga sesuai dan mudah dilihat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

Elemen: Teks

Tema: Persahabatan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Grafik ini didominasi oleh teks pada bahagian tengah atas imej. Teks tersebut disampaikan dalam bentuk pantun yang mempunyai pembayang dan maksudnya. Warna teks juga memainkan peranan bagi menonjolkan lagi mesej atau makna dengan menggunakan warna biru gelap. Disamping itu, terdapat juga bentuk kotak berwarna putih yang menonjolkan lagi maksud pantun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

Elemen: Teks

Tema: Alam sekitar

Rujukan: sendiri

Huraian: Gambar di atas mengandungi elemen teks yang bersesuaian dengan gambar. Teks tersebut menjelaskan tentang alam sekitar yang bersih dan damai tersebut agar terus dipelihara oleh manusia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

Elemen: Teks

Tema: Alam Semula Jadi

Rujukan: Sendiri

Huraian: Berdasarkan gambar yang dipamerkan di atas ianya mempunyai elemen asas grafik teks. Pada gambar tersebut, warna tulisan yang digunakan adalah sangat terang dan mudah untuk dilihat. Saiz dan jenis tulisan juga sangat cantik dan ia sesuai dengan gambar tersebut. Teks tersebut menceritakan tentang persamaan manusia dengan ombak laut. Dengan melihat dan membaca teks tersebut kita dapat memahami mesej yang hendak disampaikan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

Elemen: Teks

Tema: produk kecantikkan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas memperlihatkan penggunaan jenis font yang sesuai dan jelas. Saiz font yang digunakan sangat jelas untuk merujuk kepada ikon bulu mata daripada Tiara Lashes. Mesej yang ingin disampaikan dapat dilihat dengan mudah. Warna yang diaplikasi pada font juga sesuai dengan rupa bentuk iklan yang dihasilkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

Elemen: Teks

Tema: Makanan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas ditulis dengan menggunakan jenis font dan saiz yang berlainan. Perbezaan ini bertujuan untuk membezakan antara jenama dan jenis produk. Teks “BlueKey” pada gambar menunjukkan jenama produk berkenaan. Teks “FLOUR” ditulis dengan saiz font yang lebih besar memberi pemahaman terhadap gambar iaitu mesej sebenar yang ingin disampaikan pada gambar tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Elemen: Teks

Tema: Makanan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Dalam gambar ini terdapat pelbagai jenis font dan saiz font yang berbeza. Kandungan teks juga dapat memperlihat mesej yang ingin disampaikan. Warna font yang digunakan juga sesuai dan dapat menarik sesiapa untuk merasai makanan tersebut. Teks “sweet and spicy” dapat difahami bahawa makanan tersebut berperisa manis dan pedas.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Elemen: Teks

Tema: Kasih Sayang

Rujukan: Sendiri

Huraian: Foto di atas menonjolkan elemen Teks. Teks “Amanah Allah” telah disertakan sekali di dalam foto tersebut untuk menyampaikan mesej kepada pembaca. Oleh itu teks yang telah digunakan di dalam foto tersebut menggunakan jenis font yang menarik dan saiz yang besar. Hal ini kerana untuk memudahkan pembaca membacanya dan mesej yang ingin disampaikan dapat mudah untuk difahami.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

Elemen: Teks

Tema: Alam Sekitar

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar tersebut memainkan peranan sebagai elemen teks. Hal ini kerana teks tersebut bersesuaian dengan latarbelakang atau situasi yang terdapat dalam foto tersebut. Hal ini kerana manusia sebagai objek manakala latarbelakangnya dihiasi dengan kehijauan hutan yang bersesuaian dengan teks tersebut. hutan merupakan tempat yang patut dilindungi oleh manusia kerana menyimpan kepelbagaian flora dan fauna yang masih belum dijumpai lagi. .

 

 

 

 

 

 

 


 

 

Elemen: Teks

Tema: Alam semula jadi

Rujukan: Sendiri

Huraian: Tulisan atau teks yang digunakan dapat dilihat dengan jelas. Foto ini disertai dengan teks “Ketenangan hati berawal dari prasangka yang baik”. Pemilihan warna font sesuai dengan latar belakang langit yang berwarna biru muda. Saiz font dan jenis font juga sesuai dengan foto.


Ketua elemen teks: Nurul Aida binti Ahmad Zaini 203304

Penolong elemen teks: Nurmadihah Asma binti Saberi 203927

 


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021  1.   BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASA...