Elemen: Warna
Tema: Pengiklanan
Rujukan: https://pin.it/VzZnlBR
Huraian: Merujuk imej diatas, penggunaan warna
hangat dan sejuk telah menyebabkan timbulnya kontras warna. Warna panas yang
digunakan seperti warna hitam (pada gelas), dan koko gelap (pada biji kopi dan
latar sebelah kanan) yang digandingkan dengan warna sejuk seperti putih (pada
buih kopi, wap panas dan teks). Tambahan pula, terdapat warna panas kuning yang
merujuk kepada logo syarikat makanan ringan tersebut iaitu Mc Donald disamping mengaplikasikan penggunaan tona warna koko.
Kombinasi warna yang diterapkan dalam imej diatas jelas menampakkan kejelasan
visual dan dapat menarik mata audien.
Elemen: Warna
Tema: Pengiklanan
Rujukan: https://images.app.goo.gl/7xYDGwmvfHj8o51NA
Huraian: Gambar di atas memenuhi elemen warna kerana
majoriti kombinasi warna yang digunakan adalah koko dan putih bagi melambangkan
produk tersebut (Aiskrim Sunday).
Warna pada fonts yang digunakan juga sama seperti dalam imej yang dipaparkan
dan kelihatan menonjol membuatkan mesej yang ingin disampaikan itu lebih
menyerlah tentang aiskrim Sunday.
Elemen: Warna
Tema: Fesyen
Rujukan: https://www.google.com/search?q=billboard+sabella&sxsrf=ALeKk020_9VjD61c8HUExSV5T-L50o4s6A:1617262249811&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjkh6Kvw9zvAhWDwjgGHR-kCg0Q_AUoAXoECAEQAw&biw=1280&bih=610#imgrc=S4JmeQ3deYZYoM
Huraian: Gambar di atas menunjukkan elemen warna.
Warna merah yang mendominasi grafik tersebut dapat menarik perhatian pengguna.
Hal ini dikatakan demikian kerana, mengikut psikologi warna merah merupakan
warna yang memberi kesan kekuatan, semangat dan tanda peringatan. Dengan sekali
imbas sahaja, warna merah ini boleh mendapat perhatian dengan mudah.
Elemen: Warna
Tema: Minuman
Rujukan: https://www.aking.com.my/signage
Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik
warna yang telah diterapkan. Hal ini kerana kombinasi warna yang telah
digunakan tidak melebihi tiga warna. Oleh itu, mesej yang hendak disampaikan
melalui gambar tersebut dapat disampaikan dengan baik. Latar gambar diletakkan
warna biru melambangkan jenama air tersebut iaitu Blue Moon manakala warna pada tulisan yang digunakan ialah berwarna
putih. Ini telah menjadikan gambar tersebut lebih menarik.
Elemen: Warna
Tema: Makanan
Rujukan: https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Frepository.telkomuniversity.ac.id%2Fpustaka%2Ffiles%2F18375%2Fresume%2Fanalisis-perbedaan-aktivitas-promosi-iklan-kfc-dan-mcdonalds.pdf&psig=AOvVaw2I2w6Hc6G3BLLFvNDOmVaJ&ust=1617429809632000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCPDGuoby3u8CFQAAAAAdAAAAABAD
Huraian: Papan iklan diatas menggunakan tiga
gabungan warna yang baik. Terdapat warna merah yang merupakan warna latar papan
tanda tersebut dan menggunakan warna putih dan hitam. Warna hitam dan putih
tersebut dapat dilihat dengan jelas. Pemilihan warna juga bertepatan dengan
logo restoran tersebut iaitu Kentucky
Fried Chicken (KFC).
Elemen: Warna
Tema: Minuman Berkhasiat
Rujukan: https://thepresident.my/tak-tahu-nak-buat-iklan-kat-mana-tengok-4-tanda-tanda-ni/
Huraian: Gambar di atas memenuhi elemen warna kerana
majoriti kombinasi warna yang digunakan adalah hijau dan putih bagi
melambangkan produk tersebut (MILO). Warna putih pada fonts yang digunakan juga
berjaya membuatkan perkataan “GREAT TASTE”
itu kelihatan menonjol dan tentunya menyerlahkan lagi mesej yang ingin
disampaikan iaitu air milo mempunyai rasa yang sedap.
Elemen: Warna
Tema: Makanan Segera
Rujukan: http://cisdel.com/2011/10/31/contoh-iklan-makanan-yang-sangat-cool-dan-menyelerakan/
Huraian: Warna yang terdapat dalam gambar makanan
segera tersebut mempunyai kombinasi warna yang menyerlah iaitu warna merah,
kuning dan putih. Gambar tersebut mempunyai warna yang mencakupi warna asas
grafik kerana tidak melebihi tiga warna yang menyerlah. Namun begitu, warna
hijau dan oren yang wujud tidak menjejaskan elemen warna kerana warna memainkan
peranan mengikut mesej yang disampaikan untuk menarik minat pelanggan.
Elemen: Warna
Tema: Pengiklanan Animasi
Rujukan:
https://www.pinterest.com/pin/376965431314424880/?hcb=1
Huraian: Warna merupakan elemen yang paling menonjol
di dalam gambar di atas. Foto tersebut
mempunyai animasi berwarna kuning dan berlatarbelakangkan warna jingga.
Terdapat juga warna putih digunakan. Foto ini menjadi menarik apabila seseorang
melihatnya kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah.
Elemen: Warna
Tema: Iklan movie
Rujukan:
https://www.pinterest.com/pin/376965431307204753/
Huraian: Kombinasi yang digunakan dalam gambar ini
sangat sesuai. Gambar diatas mempunyai latar yang berwarna hitam dan putih. Ini
jelas menunjukkan bahawa ia tidak melebihi tiga warna. Gambar ini menjadi
menarik kerana mempunyai warna yang menyerlah dan sesuai dengan mesej yang
ingin disampaikan.
Elemen: Warna
Tema: Minuman
Rujukan:
https://forum-anarkid.blogspot.com/2019/01/contoh-iklan-minuman.html?m=1
Huraian: Gambar ini mempunyai kombinasi warna yang
lebih daripada tiga warna. Walau bagaimanapun, warna-warna yang digunakan dalam
gambar ini adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej. Gambar ini memaparkan
imej botol minuman berwarna hijau dan oren yang dimasukkan ke dalam air yang
juga berwarna kehijauan. Terdapat juga warna merah pada tulisan di botol
minuman. Gambar ini menarik kerana mempunyai warna yang menyerlah dan memfokuskan
kepada kesegaran air minuman itu.
Elemen: Warna
Tema: Makanan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas menonjolkan kombinasi tiga
warna iaitu hitam, coklat keemasan dan putih. Warna yang digunakan berjaya
menaikkan foto ayam tersebut yang sememangnya tarikan utama di dalam gambar
itu. Font berwarna putih yang dipilih dalam gambar tersebut juga menimbulkan
warna pada ayat “juicy in every bites”
menyebabkan ia kelihatan sempurna.
Elemen: Warna
Tema: Kehidupan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Berdasarkan imej diatas, penggunaan elemen
warna neutral dapat mempengaruhi cara pandang dan mengubah citarasa audien
terhadap imej tersebut. Hal ini kerana, warna neutral hitam dan putih telah
mendominasi imej. Disamping itu, terdapat juga warna kroma campuran dua warna
penggenap iaitu warna khaki koko yang menjadi warna ketiga dalam imej. Warna
putih dapat melahirkan kedamaian, kesucian dan ketenangan disamping diimbangi
dengan warna hitam dan khaki koko yang menimbulkan kekemasan dan kekuatan imej
tersebut.
Elemen: Warna
Tema: Kasih sayang
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas menunjukkan elemen warna.
Warna yang digunakan dalam grafik itu dominan warna hijau. Ini dapat memberikan
impak ketenangan kepada gambar tersebut yang mana mampu menyampaikan mesej
kepada golongan yang sering mendera anak agar menjadi tenang dan lebih
menyayangi anak mereka. Warna yang digunakan pada font juga kelihatan sesuai
dengan gambar yang dipaparkan.
Elemen: Warna
Tema: Hadiah
Rujukan: Sendiri
Huraian: Berdasarkan gambar di atas telah diterapkan
elemen asas grafik warna yang sangat menyerlah dalam gambar tersebut. Hal ini
dikatakan demikian kerana kombinasi warna yang sangat menarik telah digunakan
dalam gambar itu. Kombinasi warna yang telah digunakan juga tidak terlalu
banyak dan padat. Dengan adanya kombinasi warna tersebut telah menjadikan
intipati dalam gambar tersebut dapat disampaikan dengan baik.
Elemen: Warna
Tema: Minuman
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas mencukupi warna asas grafik
kerana ianya menonjolkan kombinasi tiga warna iaitu koko, oren dan putih. Warna
yang digunakan berjaya menaikkan foto minuman kopi premiun latte tersebut yang
sememangnya tarikan utama di dalam gambar itu. Font berwarna putih yang dipilih
turut menimbulkan warna pada ayat kopi premium. Warna-warna yang digunakan itu
kelihatan sempurna dan sesuai dengan gambar minuman di atas.
Elemen: Warna
Tema: Pemandanga Waktu Malam
Rujukan: Sendiri
Huraian: Warna yang terdapat dalam gambar tersebut
mencukupi warna asas grafik kerana tidak melebihi daripada tiga warna . Foto
diatas hanya mempunyai warna yang gelap dan warna yang cerah iaitu warna hitam
dan warna putih yang wujud daripada cahaya lampu. Warna cerah di atas
menyerlahkan lagi latar yang gelap kerana cahaya lampu tersebut memfokuskan
masjid dan bangunan-bangunan di sekeliling masjid itu.
Elemen: Warna
Tema:Kereta
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar ini mengandungi elemen warna iaitu kombinasi warna merah, putih dan coklat. Gambar sebuah kereta yang berwarna merah dan disertai dengan dinding dan tingkap yang berwarna putih dan coklat. Foto ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah menfokuskan kepada kereta , dinding dan tingkap
Elemen: Warna
Tema: Pemandangan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Dalam gambar ini terdapat kombinasi warna
yang menarik. Kombinasi warna tersebut juga tidak melebihi tiga warna. Warna
langit yang kebiruan serta pokok yang kehijauan menjadikan gambar ini menjadi
menarik dengan pemandangannya. Warna bangunan-bangunan juga menjadikan gambar
lebih cantik. Gambar ini jelas memfokuskan kepada warna langit, pokok serta
bangunan.
Elemen: Warna
Tema: Kehidupan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Elemen yang paling menonjol di gambar di
atas ialah elemen warna. Foto tersebut menunjukkan seorang lelaki berbaju biru
sedang mengecat pagar berwarna putih dan biru muda. Terdapat juga warna awan
kebiruan dan pokok yang berwarna hijau. Foto ini mempunyai lebih daripada tiga
warna dan menjadikannya menarik dan menyerlah dengan warna yang cerah seperti
yang dipaparkan dalam gambar tersebut.
Elemen: Warna
Tema: Pakaian Tradisional
Rujukan: Sendiri
Huraian: Foto diatas menunjukkan seorang gadis
berbaju kurung. Latar belakang yang berwarna agak usang sesuai dengan baju yang
digunakan. Baju jurung yang berwarna hijau dapat menimbulkan subjek (gadis)
tersebut. Warna tudung yang digunakan juga menonjolkan lagi warna dalam gambar
tersebut kerana warna yang digunakan ialah warna hijau gelap.
Ketua elemen warna: Intan Nur Azriena binti Saiful Yazani @ Saiful Yazan 203966
Penolong elemen warna: Nurul Tasnim binti Zakaria 204115
No comments:
Post a Comment