Thursday, April 22, 2021

BBM3410-2021-MINGGU5- DILEMA PENGGEMBARA


Kredit: Dewan Bahasa dan Pustaka 

Link: https://youtu.be/bQCPNh8Es1o

Berdasarkan perkongsian daripada Dr Siti Nur Aliaa Roslan, beliau merupakan seorang pensyarah di salah sebuah Universiti di Malaysia. Dalam perkongsian " Dilema Pengembara" , beliau menceritakan pengalaman beliau pergi menjajah ke 21 buah negara seorang diri. Saya begitu kagum dengan keberanian Dr Aliaa yang berani pergi seorang diri. Sejujurnya saya juga suka mengembara tetapi belum ada rezeki lagi . Mungkin suatu hari nanti Insyaallah. Dalam sembang tamu ini juga, Dr Alia mendedahkan bahawa kita semua pengembara . Bukan hanya di luar negara bahkan dalam negara juga kita boleh mengembara. Selain itu, Dr Alia juga berkongsi bahawa ketika mengembara , kita perlu membuat persediaan yang rapi dari segi kewangan, pakaian, makanan dan ubat-ubatan . Persediaan ini membantu kita untuk menghadapi situasi yang sukar di tempat mengembara lebih-lebih lagi mengembara seorang diri di negara asing. Itulah antara perkara yang dapat saya ceritakan dalam blog saya kali ini. Sekirany ingin mengetahui lebih lanjut, kawan-kawan bolehlah menonton Rancangan Sembang Tamu ini. Saya jamin kawan-kawan akan berasa seronok dan teruja dengan perkongsian yang disampaikan oleh Dr Aliaa.


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021  1.   BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASA...