Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3- CERITA SOSIAL 2

Rujukan : Normaliza Abd Rahim 2019 , Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi . Penerbit UMT, Kuala Nerus

Cerita sosial 2: Saya Itimewa             

Alim dan keluarganya gemar makan buah-buahan tempatan . Bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan dari pasar tani. Keluarga Alim menikmati beramai-ramai buah-buahan tersebut. Alim meminta ibunya untuk berkongsi buah -buahan tersebut dengan Sulaiman iaitu jiran mereka. Alim selalu ingat akan pesanan ibubanya supaya berkongsi barang atau makanan yang kita suka itu merupakan satu perbuatan yang baik. Sikap baik Alim terlihat jelas dengan keihklasannya untuk berkongsi rezeki dengan orang lain. Sememangnya berkongsi itu suatu hal yang baik terutama memberi dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Maka Alim pun menghantar buah rambutan ke rumah Sulaiman. Sulaiman tersenyum dan mengucapkan terima kasih setelah mendapat pemberian tersebut. Ucapan terima kasih dari penerima juga menjadikan si pemberi itu berasa gembira dengan pemberian yang diberikan meskipun nilainya kecil . Alim tersenyum puas kerana dapat berkongsi barang dan dia juga faham bahawa sifat berkongsi itu baik seperti yang dilakukan oleh abang dan kakaknya yang sentiasa berkongsi dengannya. Sikap yang dipupuk dalam keluarga ini iaitu bermurah  hati dalam memberi amatlah bagus terutama kepada anak-anak supaya mereka sentiasa bersyukur dengan semua benda yang dimiliki dan tidak membazir.Alim juga suka membantu . Buktinya , dia menolong keluarganya mengemas rumah. Dia membuang ke dalam tong sampah seperti yang diarahkan oleh ibunya. Sikap bantu-membantu yang dilakukan oleh keluarga Alim  dapat meringankan lagi kerja yang dilakukan lebih-lebih lagi bekerjasama dalam menyiapkannya. Ketika Alim membuang sampah di luar, dia terserempak dengan ibu Sulaiman. Ibu Sulaiman berterima kasih atas pemberian tersebut . Alim bersikap baik dengan keluarga Sulaiman kerana mereka juga jiran yang baik. Berbuat baik kepada orang lain pasti dibalas baik. Begitulah yang dilakukan keluarga Alim dengan jiran-jiran mereka. Yang jelas, orang yang memiliki budi pekerti yang baik pasti disenangi ramai. Mak Cik Timah gembira kerana anakya memiliki kawan yang baik seperti Alim. Sudah pasti kawan yang baik akan mendorong seseorang untuk melakukan kebaikan. Mak Cik Timah berdoa semoga keuarga Alim diberi kesihatan yang baik dan kesejahteraan dalam keluarga itu. Sesuatu kebaikan itu tak semestinya dibalas dengan wang ringgit tetapi pelbagai cara boleh dilakukan seperti mendoakan seseoran seperti yang dilakukan oleh Mak Cik Timah. Berdasarkan cerita ini, dapat kita lihat banyk nilai-nilai murni yang diselitkan bermula dengan pemberian buah rambutan kepada keluarga Sulaiman. Nilai- nilai murni ini boleh dijadikan teladan yang baik kepada seseorang supaya sentiasa berbuat baik dalam kehidupan kerana perbuatan yang baik pasti dibalas baik kelak.









No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021  1.   BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASA...