1. Rujukan
Internet
Elemen: Keseimbangan
Tema: Elegan
Rujukan: https://i.pinimg.com/originals/77/48/d5/7748d5bb549719441cb2ec2c0b74963b.jpg
Huraian:
Gambar di atas
mempunyai elemen keseimbangan. Elemen ini dapat dilihat pada grafik dan juga
teks yang terdapat pada gambar tersebut. Di ruang tengah, terdapat gambar
telefon bimbit yang seimbang dengan ruang atas dan bawah serta ruang kiri dan
kanan. Di ruang atas, terdapat tulisan di kiri dan kanan yang seimbang dengan
ruang di bawah yang mempunyai grafik gunung.
Penggunaan teks dan grafik yang berada ditengah-tengah grafik juga
memberikan efek keseimbangan di dalam gambar tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Kebahagiaan
Rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=APgCKRkbqN8
Huraian:
Iklan yang dipamerkan ini mempunyai keseimbangan ruang
antara kiri dan kanan foto berdasarkan teks yang ditulis. Hal ini dapat dilihat
pada bahagian kiri ditulis penjelasan bagaimana air Starbucks dapat mengeratkan
hubungan. Manakala, di bahagian kanan foto tersebut ditulis jenama air dengan
warna yang gelap serta digabungkan dengan warna yang lembut menjadikan bahagian
ini seimbang dengan ruang kiri. Ruang atas dan bawah juga seimbang dengan
mempunyai jarak yang sama. Dengan keseimbangan yang diterapkan dalam iklan ini
menjadikan ianya dapat disampaikan dengan baik kepada pembaca.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Kasut sukan
Rujukan:https://my.lovepik.com/image-450004203/shoes-sale-social-media-post.html
Huraian:
Gambar ini menunjukkan keseimbangan dari segi ruang
atas dan bawah. Dalam gambar ini, ruang di tengah terdapat kasut yang
mengimbangi antara ruang atas dan bawah serta ruang kiri dan kanan. Di ruang
atas, pada penjuru kiri gambar terdapat logo dan teks di bawah logo. Di ruang
bawah pada penjuru kanan pula terdapat teks. Maka, teks di ruang atas sebelah
kiri seimbang dengan teks yang berada di ruang bawah sebelah kanan. Pada ruang tengah pula, didapati terdapat dua
teks yang ditulis di atas sebelah kanan dan di bawah sebelah kiri gambar. Maka,
teks yang terdapat di ruang tengah itu seimbang dengan imej kasut yang berada
pada gambar tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Sukan
Rujukan: https://pin.it/3csZeDH
Huraian:
Elemen keseimbangan dalam grafik di atas
ditonjolkan melalui pembahagian warna, teks dan imej dibahagian kiri dan kanan
pada gambar tersebut. Penggunaan ton warna biru yang membahagikan dua bahagian
grafik dapat menimbulkan keseimbangan. Tambahan pula, bahagian kiri grafik yang
berwarna biru gelap sudah membawa penglihatan yang berat di ruang sebelah kiri,
namun ditambah teks ringkas berwarna putih dapat memberikan keseimbangan antara
kiri dan kanan. Begitu juga dengan grafik sebelah kanan yang menggunakan warna
biru terang untuk menampakkan penglihatan yang ringan, namun ditambah dengan
imej pemain squash yang besar dapat menunjukkan keseimbangan di ruang sebelah
kanan.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Makanan
Rujukan: https://www.kancilawards.com/winners/entry/2019/5681?hcb=1
Huraian :
Elemen yang paling menonjol di dalam foto tersebut
ialah elemen keseimbangan. Ruang tengah di dalam foto tersebut ialah gambar nugget
membentuk piramid. Dengan adanya grafik tersebut ditengah-tengah foto telah
mewujudkan keseimbangan antara ruang atas dan bawah foto tersebut. Manakala di
ruang atas foto pula terdapat tulisan “piramid ada di Malaysia” dan di ruang
bawah sebelah kiri pula terdapat logo jenama produk tersebut. Selain itu, di
sebelah bawah kanan foto tersebut pula terdapat logo halal JAKIM Malaysia.
Maka, foto grafik tersebut akan kelihatan seimbang kedudukannya antara ruang.
Elemen: Keseimbangan
Tema : Pemandangan
Rujukan: http://punapibali.com/info-wisata/resto-dengan-pemandangan-alam-sawah-terbaik-di-bali/
Huraian :
Keseimbangan dalam
grafik tersebut merujuk kepada ruang yang terdapat dalam foto tersebut. Gambar
tersebut menunjukkan gambar sawah padi, pokok, gunung-ganang serta matahari.
Matahari, pokok dan gunung-ganang berada di ruang kiri seimbang dengan langit
dan sawah yang kelihatan terbentang luas di ruang kanan gambar. Di sebelah atas
gambar pula terdapat awan yang luas berwarna biru manakala di ruang bawah
terdapat sawah padi berwarna hijau yang terbentang luas. Maka, gambar awan akan menjadi seimbang dengan adanya sawah
padi di dalam foto tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Rujukan: https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Ftopgambariklan.blogspot.com%2F2020%2F01%2F50-gambar-iklan-billboard-terbaik.html&psig=AOvVaw0i99tyqN5TkfCaie9AYTiE&ust=1617430695330000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCPjHiq313u8CFQAAAAAdAAAAABAD
Huraian:
Kesemua ruang dalam foto adalah seimbang. Grafik
aiskrim berada di tengah-tengah ruang foto memberikan keseimbangan kepada ruang
kiri dan kanan gambar. Manakala, teks yang menghiasi ruang kiri seimbang dengan
teks di ruang kanan. Penggunaan ton warna coklat gelap dan warna putih yang
membahagikan kedua grafik juga memberikan keseimbangan. Tambahan pula, ruang
kiri gambar menggunakan tulisan dan grafik aiskrim yang berwarna putih seimbang
dengan ruang kanan yang menggunakan tulisan dan grafik aiskrim yang berwarna
coklat gelap.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Kasut Sukan
Rujukan: https://images.app.goo.gl/PwPviQB5xSe9XvkA9
Huraian:
Elemen keseimbangan dapat dilihat pada grafik yang
diletakkan ditengah-tengah foto tersebut. Ruang di atas dan bawah serta ruang
di kiri dan kanan seimbang dengan kedudukan grafik. Ruang atas diletakkan
tulisan promosi jualan kasut dengan perkataan “Big sale offer” seimbang dengan ruang bawah yang diletakkan
imej tiga bulatan. Tambahan pula, penggunaan warna di bahagian tertentu memberi
keseimbangan untuk keseluruhan gambar.
Elemen: Keseimbangan
Tema:
Pengiklanan
Rujukan:
https://www.circleone.in/personalized-banners/
Huraian:
Gambar di atas
menunjukkan adanya elemen keseimbangan antara tulisan dan imej. Ruang sebelah
kiri gambar dipenuhi dengan tulisan yang seimbang dengan imej buku, sebekas
pensel dan juga jam yang berada di sebelah kanan gambar. Maka, kedua-dua ruang
iaitu kiri dan kanan menunjukkan keseimbangan. Penggunaan warna, saiz dan jenis
font pada ruang kiri juga dapat mengimbangi ruang itu dengan ruang di sebelah
kiri gambar.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Kaca Mata Berjenama
Rujukan:https://www.dailybillboardblog.com/2013/04/prada-spring-2013-eyewear-and.html?m=1
Huraian:
Elemen keseimbangan dapat dilihat apabila terdapat
dua imej yang sama besar diletakkan di ruang kiri dan kanan papan tanda
tersebut. Di ruang tengah diletakkan jenama kaca mata tersebut dengan perkataan
“eyewear” di bawahnya. Selain itu, warna putih yang digunakan di antara
kedua imej tersebut dijadikan sebagai pemisah untuk menampakkan lagi
keseimbangan yang ada pada papan tanda tersebut.
2. Sendiri
Elemen: Keseimbangan
Tema: Semangat
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar di atas
mengandungi elemen keseimbangan ruang. Kedudukan grafik yang berada
ditengah-tengah gambar seimbang dengan ruang di atas dan bawah serta ruang di
kiri dan kanan. Kedudukan teks yang diletakkan pula seimbang di kiri dan kanan
ruang gambar. Ianya membuatkan grafik tersebut menjadi seimbang.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Kehidupan
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Elemen keseimbangan yang dapat diterangkan dalam
gambar di atas ialah ruang di antara kiri dan kanan adalah seimbang. Objek imej
juga berada di bahagian tengah gambar menjadikan imej tersebut seimbang. Ruang
di antara atas dan bawah juga seimbang walaupun terdapat teks pada bahagian
atas. Namun ia dapat menyampaikan mesej dalam gambar dengan baik. Tambahan
pula, ruang atas terdapat langit berwarna biru dan awan putih seimbang dengan
ruang bawah yang terdapat pasir dan laut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Alam Sekitar
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar ini menunjukkan keseimbangan pada ruang di
kiri dan kanan. Ruang di sebelah kiri gambar terdapat enam batang pokok besar
yang seimbang dengan sebuah astaka seni dan empat batang pokok besar di sebelah
kanan gambar. Maka, enam batang pokok besar seimbang dengan sebuah astaka seni
dan empat batang pokok. Terdapat jalan di ruang tengah gambar yang mengimbangi
ruang sebelah kiri dan kanan gambar tersebut. Tambahan pula, warna bagi
kedua-dua ruang ini ialah berwarna hijau menjadikan gambar itu lebih seimbang.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Alam Sekitar
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Bahagian kiri dan kanan grafik ini adalah seimbang
dari segi pengisian ruang dan warna yang sama. Pada bahagian tengah pula, ruang
putih dapat dianggap sebagai pemisah ruang antara kiri dan kanan yang
menampakkan keseimbangan grafik tersebut. Tambahan pula, pada bahagian atas
grafik yang menunjukkan imej langit tidak seimbang dengan bahagian bawah yang
menunjukkan imej jalan berbatu, namun ianya diseimbangkan dari aspek warna
putih dan biru terang. Keseluruhannya, grafik boleh dikatakan seimbang dari
segi ruang dan warna yang menimbulkan perasaan ketenangan dan kedamaian.
Elemen: Keseimbangan
Tema : Kehidupan
Rujukan : Sendiri
Huraian :
Elemen yang paling menonjol di dalam foto tersebut
ialah keseimbangan. Ruang di sebelah kiri dan kanan gambar terdapat pokok
besar. Di ruang atas foto tersebut terdapat matahari, awan dan gunung. Manakala
di tengah-tengah foto tersebut terdapat gambar seseorang kanak-kanak sedang
berdiri menghadap laut dan di sebelah bawah kiri dan kanan foto terdapat
tulisan “realiti kehidupan”. Maka ruang di atas dan di bawah foto akan
kelihatan seimbang kerana grafik tersebut berada di tengah-tengah antara ruang
kanan dan kiri gambar tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Aktiviti Riadah
Rujukan : Sendiri
Huraian:
Gambar ini kelihatan
seimbang kerana ruang diantara bahagian kiri, kanan, atas dan bawah adalah
seimbang di antara satu sama lain. Pencahayaan juga membawa keseimbangan dari
aspek gelap dan cerahnya sesuatu bahagian yang terdapat dalam foto di atas. Hal
ini dikatakan seimbang dimana objek iaitu orang dan kuda berada pada kedudukan
selari dengan kandang di tepinya.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Ketenangan
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Foto di atas menunjukkan seorang gadis yang berada
di tengah-tengah ruang. Kedudukan seorang gadis di ruang tengah seimbang dengan
ruang di kiri dan kanan. Ruang di atas dan bawah juga mempunyai keseimbangan
kerana penggunaan ton warna yang berlainan. Ruang atas berwarna putih dan
mempunyai tulisan berwarna hitam seimbang dengan ruang bawah yang bewarna
coklat dan kelabu. Jelaslah bahawa foto ini mempunyai keseimbangan yang sama
rata kerana subjek (gadis tersebut) berada di tengah-tengah ruang antara langit
dan lautan.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar di atas memperlihatkan unsur keseimbangan
kerana objek (orang) berada di tengah-tengah ruang foto. Font tulisan yang
digunakan juga seimbang dengan ruang di kiri dan kanan. Ruang atas terdapat
langit yang berwarna biru gelap dan matahari manakala ruang bawah pula terdapat
pasir berwarna coklat. Maka, langit dan matahari seimbang dengan pasir berwarna
coklat di dalam gambar tersebut.
Elemen:
Keseimbangan
Tema:
Pemandangan
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar ini menunjukkan
berlakunya keseimbangan antara ruang. Keseimbangan dapat dilihat apabila ruang
kiri dan kanan gambar dipenuhi dengan pokok. Ruang atas gambar pula terdapat
langit berwarna biru manakala ruang bawah pula terdapat jalan yang lurus. Maka,
langit akan
seimbang dengan jalan yang lurus di dalam gambar tersebut.
Objek yang berada di ruang tengah juga menunjukkan keseimbangan antara ruang di
atas dan bawah serta ruang di kiri dan kanan gambar.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Minuman
Rujukan: Sendiri
Huraian:
Gambar di atas memperlihatkan unsur keseimbangan
antara ruang kerana objek pada gambar tersebut berada di tengah-tengah ruang.
Ruang di atas dan bawah seimbang dengan ruang di kiri dan kanan. Teknik ini
dapat membantu menonjolkan objek yang ingin dipaparkan. Dengan cara ini,
seseorang akan mengetahui bahawa mesej yang ingin disampaikan melalui gambar
ini adalah tentang minuman tersebut.
Ketua elemen keseimbangan: Nurul Izzati binti Tu Azman 201812
Penolong elemen keseimbangan : Fatin Fathihah binti Musa 203008
No comments:
Post a Comment